ALLAH KNOWS BEST

Sunday, December 25, 2011 5 comments

Bagaimana hari korang semua hari ini? semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga setiap hari juga digunakan sebaiknya untuk sentiasa mencari redha Allah, bekalan dunia dan akhirat. Insha'Allah..Namun tak semua dikalangan kita yang 'hari ini'nya lebih baik dari semalam. Betul tak? kadangkala kita terfikir kenapa? kenapa kita? kenapa mesti kita yang diduga. kenapa hanya kita yang bermasalah. Walhal kita setiap hari menunaikan solat, berdoa, membaca al-Quran,bersedekah dan bermacam-macam lagi perbuatan baik yang lain.
Mesti semua pernah dengar ungkapan ini, "Allah tidak akan menduga seseorang itu diluar kemampuannya". Setiap yang berlaku ada hikmahnya, setiap dugaan merupakan suatu nikmat. Ganjaran tersirat daripada Allah Taala. Ya! semua itu adalah benar, cumanya cara penerimaan kita yang berbeza itu akan menentukan sama ada, dugaan tersebut merupakan suatu nikmat ataupun sebaliknya. Mungkin sebelum ini kita selalu mengeluh apabila ditimpa masalah. 'kenapa keluarga aku tak bahagia?' 'kenapa mesti aku yang sakit?' kenape mesti aku yang fail subjek ni?' 'kenapa mesti aku yang putus cinta?' 'kenapa aku tak secantik dia?' 'kenapalah aku ni gemok sangat?' 'kenapalah aku ni gelap sangat?' dan macam-macam kenapa yang lain lagilah.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah jadikan setiap manusia itu berbeza-beza.? wajah yang berlainan,bentuk badan yang berlainan,warna kulit yang berlainan,ketinggian yang berlainan,personaliti yang berlainan dan semestinya masalah yang berlainan. Jawapannya, tentulah untuk saling mengenali sambil mensyukuri segala keindahan nikmat ciptaan Allah. Ciptaan Allah yang berlainan itu menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta. Sebaik-baik pencipta adalah Allah. Dan hanya Allah juga yang mengetahui segala-galanya.
Mungkin keluarga kita tidak sebahagia keluarga orang lain. Namun berSYUKURlah kerana masih mempunyai keluarga,sedangkan ada saudara kita yang lain hidup sebatang kara. Mungkin ada masanya kita sakit. Namun berSYUKURlah kerana sakit merupakan salah satu penyucian dosa. Mungkin kita ada gagal dalam pelajaran. Namun berSYUKURlah kerana ianya merupakan peringatan agar kita terus melipat gandakan lagi usaha. Bahawasanya, Allah lebih memandang usaha seseorang hamba itu daripada hasilnya.Mungkin kita pernah merasa sakit kerana putus cinta dan ditinggalkan kekasih. Namun berSYUKURlah kita kerana masih mempunyai CINTA ILAHI. Andai kita kehilangan cinta-NYA,apalagi yang kita ada? Mungkin kita tak secantik orang lain,tak sekurus orang lain dan juga mungkin kulit tak seputih atau secerah kulit orang lain. Namun berSYUKURlah kerana penciptaan kita yang sempurna ini adalah kurniaan yang paling cantik dan yang paling indah di dunia ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika kita rasa masalah kita itu sangat besar, ada orang lain yang mempunyai masalah yang lebih besar dan lebih berat dari kita. Mohonlah pertolongan daripada Allah,kerana sesungguhnya setiap masalah itu datangnya daripada Allah dan daripada Allah jugalah datangnya jalan penyelesaian. Memang benar bahawa hidup ini tak selalunya indah namun hidup ini juga mempunyai seribu satu alasan yang dapat membuatkan kita tersenyum. Percayalah bahawa setiap masalah dan dugaan itu merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.
Berubahlah sementara mempunyai waktu. Bersyukurlah sementara masih berkesempatan.dan carilah keredhaan Allah setiap hari agar hidup ini lebih bermakna. Jangan pernah meragui jalan cerita kehidupan kita yang telah dirangka oleh Allah Taala,kerana apa-apapun yang berlaku, ALLAH KNOWS BEST!
Wassalam...